Rabu, 27 April 2016

Diriku

Assalammualaikum dan selamat malam,

Hari ini aku mahu ceritakan tentang diriku. Banyak benda yang aku lalui selama 26 tahun ini. Apa yang aku lalui ada yang pahit, ada yang manis ada juga yang masin. Aku juga berjumpa dengan banyak jenis manusia, ada yang kedekut, ada yang pedengki, ada yang talam dua muka, ada yang suka menghina. Pelbagai masalah juga telah ku tempuhi, kadang-kadang aku cuba lari dari masalah, kadang-kadang aku cuba hadapi masalah tersebut. Semua apa yang kita lalui adalah satu pengalaman yang sangat berharga ataupun yang manis. Apabila kita berada di keadaan yang sangat bahagia, pasti kita tak nak masa itu cepat berlalu. Apabila kita berada di keadaan yang sangat perit pasti kita mahu masa itu cepat berlalu. Allah cipta bahagia dan sedih untuk diri kita sebab Allah mahu kita hargai apa itu air mata, dan juga hargai apa itu senyuman. Selama 26 tahun ku hidup di dunia yang fana ini, banyak yang aku pelajari. Apa pengajaran yang aku dapat, janganlah kita mudah percaya dengan orang lain. Percaya lah dengan diri sendiri. Ikut kata hati, tetapkan pendirian. Jangan jadi seperti lalang yang tidak tetap keputusannya. Aku cuba cari diriku. Aku cuba mengenali diriku. Aku cuba jadi diriku sendiri. Aku cuba jadi yang terbaik. Aku cuba yang termampu. Jangan menghinaku tapi bantulah aku, bimbing lah aku untuk jadi yang terbaik. Aku akan yakin dengan diriku sendiri. Anda pasti boleh!!! cayok cayok



Tiada ulasan:

Catat Ulasan