Khamis, 14 Januari 2016

hidup di rantauan

Assalammualaikum

19 Jan 2015,
Aku perlu lapor diri sebagai cikgu di sarawak. Perasaan masa tu macam-macam ada. Rase takut, risau, sedih, semua ada. Mungkin ada hikmahnya aku dicampakkan ke Sarawak. Aku dihantar ke Serian Sarawak. Nasib baik dapat bandar. hihihi. Mula-mula aku susah nak terima bahasa, budaya dan agama di sini. Sangat beza dengan semenanjung. setelah setahun aku di sini, aku dah boleh terima budaya orang di sini. Biasa lah mula2 memang mcm tu. kisah aku bermula bila kami perlu tompang rumah seorang cikgu senior di sekolah kami. Kami hanya tompang di rumah cikgu tu hanya seminggu sebab cikgu senior tu cakap yang dia dh biasa hidup sorang. Terpaksa lah kami cari rumah sewa di tempat org ni. Sementara cari rumah sewa, kami tumpang di rumah kawan kami di Samarahan. Bayangkan dari rumah tu ke sekolah 45 minit. Kami terpaksa sewa kereta dan berulang alik ke sekolah. Dengan keadaan kami yang x dpt gaji lagi, kami terpaksa ikat perut utk hidup selama 2 bulan tanpa gaji. Dalam sebulan lepas tu, kami dapat rumah sewa di serian atas bantuan cikgu di sekolah kami. Tapi kami bertahan untuk sebulan saje sebab kami 4 orang de salah faham menyebabkan kami gaduh. Bila duduk ramai2 dlm 1 rumah mcm2 perangai ada. Ada yang nk mcm ni, ada yg nk mcm tu. Akhirnya aku keluar dr rumah tu dgn seorg lg. Jadi kami berdua. Aku tompang rumah dia di Samarahan. Terpaksa ulang alik ke sekolah selama 45 minit. Lupa nk ckp sebelum tu aku dh beli kereta supaya senang aku nk ulang alik pergi sekolah. Nasib baik ada kawan aku yg tolong teman aku pergi beli kereta. Kalau x terkial-kial aku nak pergi beli sorg2. sebulan lepas tu kami berdua dapat rumah di tarat. Masa tu banyak barang kami dah beli, dapur gas, tong gas dan peti ais. Masa pindah tu nasib baik ada sorang hamba Allah tolong aku angkat barang, kalau x sorg2 la aku dok angkut barang. Tapi di tarat kami hanya bertahan selama 2 bulan je sbb kawasan tu xde line, xde org, dan berbau sikit. Family aku ada dtg sini, dan suruh aku pindah dari rumah tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku untuk cari rumah lain. Aku jumpa rumah sewa yg terbaik di depan hospital serian. Alhamdulillah, sekarang aku menyewa di sini. housemate pon ok, Aku harap aku kekal kat sini. Aku dah penat pindah randah, mcm penduduk di zaman paleolitik plak.

2016,
Tahun ni aku nak mohon pindah ke semenanjung. aku tahu susah nak dapat pindah bila x kawen lagi. aku tetap nak mohon pindah jgk. kalau ade rezeki ada lah. Sebenarnya aku dah x tahan duduk kt sini. Mcm2 dugaan aku terima selama setahun. Aku jumpa dengan mcm2 org yg bnyk ajar aku tentang kekuatan, kesabaran, ketabahan dan berdikari. Mungkin ni hikmahnya. Allah nak aku jadi kuat dan boleh berdikari. Bila aku terima dugaan di perantauan ni tanpa keluarga disisi terutama sekali mak aku, aku rasa sedih sgt. Nak selalu balik x boleh, sebab tiket flight mahal sgt. xtau nak mengadu dengan sape. Allah je tempat aku mengadu. Insyaallah setiap kesusahan pasti ada kebahagiaan menanti. Yang penting sabar, usaha dan doa :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan