Rabu, 31 Disember 2014

miraidor.boutique

Assalammualaikum, saya menjual pelbagai shawl, tudung, halfmoon, pakaian kanak2, blouse dan dress. Harga untuk semua item sangat berpatutan dan sangat murah tau!! harga mampu milik, InsyaAllah. Untuk order boleh wassap 01126173196. Harga x termasuk postage tau!
XOXO:D

Chiffon halfmoon, Panjang 2 meter. RM 15

Halfmoon, kain jenis chiffon georgette, panjang 2 meter, RM 20


Plain Wide Shawl, RM 10

Blouse labuh, Free size dan XL, RM 35

Baju muslimah kanak2, saiz 2 tahun-4 tahun, RM 25

Baju frozen, saiz 2 tahun-5 tahun, RM 8

T-shirt kanak2, saiz 2 tahun-5 tahun, RM 8

Wide shawl bercorak, RM 15

Bawal satin, satin halfmoon, satin shawl, dan dwiton shawl, rm 15
Glitter wide shawl/halfmoon, kain jenis chiffon (x jarang), lebar 30 inch panjang 2 meter, rm30

Dress, free size, chiffon with lining, rm 40

Promosi Tahun Baru

Assalammualaikum, selamat menyambut tahun baru. Tahun 2015 ni kita mulakan dengan bismillah. Semoga memberi harapan baru dan kita sentiasa positif dalm menghadapi ujian. InsyaAllah. Sempena tahun baru ni saya nak buat promosi , untuk order boleh wassap 011-26173196.
XOXO:D
Semua item diberi potongan sebanyak 10 %. Promosi sah sehingga 4 Januari. Cookies sebalang rm8, pecan heaven cake saiz besar sikit rm 7, crinkle cookies rm 15 untuk 50 pcs, choc dan cheese tart rm 38 untuk 50 pcs.

Di beri potongan sebanyak 20% untuk semua item. promosi sah untuk hari ni sahaja. halfmoon rm16, chiffon halfmoon rm 12, baju frozen rm 6, dan dress rm32. 

Choc Tart untuk majlis hari jadi

Assalammualaikum, saya terima tempahan untuk majlis hari jadi. Bulan Dis 2014 saya ada terima tempahan untuk majlis hari jadi. saya telah buat Choc Tart. 50 pcs RM 43. Self pick up di presint 9 Putrajaya. Untuk order boleh wassap 01126173196
XOXO:D


Tempahan cheese tart untuk majlis pertunangan

Assalammualaikum, Hari tu ada majlis pertunangan di Kajang. Mereka tempah 50 pcs Cheese tart perisa strawberry dan blueberry. saya jual hanya rm 43 untuk 50 pcs boleh campur perisa. self pick up di presint 9, Putrajaya. Untuk order boleh wassap di 011-26173196 :)
XOXO:D


pecan heaven cake

Assalammualaikum, Pecan heaven cake. kek yang dipenuhi dengan kacang walnut. sangat sedap. tapi kek ni rasanya sangat manis. kek ni sesuai untuk semua penggemar manisan. saya jual pelbagai saiz. kepada yang nak jadikan kek ni sebagai kek untuk majlis hari jadi saya boleh tuliskan wish atas kek dan buat hiasan.

Saiz 9 Inch ----> RM 95
Saiz 7 Inch ------> RM 55

Bekas saiz besar RM 8
Bekas saiz Kecil RM 6.50

7 Inch


saiz kecil

saiz besar




Untuk order boleh wassap 011-26173196. self pick up di presint 9 putrajaya. :)

XOXO:D


Selasa, 25 November 2014

Plain halfmoon berharga rm 20

Assalammualaikum, kali ni nak promote plain halfmoon. Jenis kain chiffon georgette. panjang 2 meter. yang penting x jarang. Harga hanya rm20 dan rm35/2pcs. untuk tempahan boleh whatsapp 01126173196. harga x termasuk postage. cod di area putrajaya:)


Hari ni menyempat je aku nak buat kek. Warm cinnamon cake with vanilla strawberry ice cream. resepi kek ni aku amik dari citer manis yang kt tv 3 tu. lepas tu ais krim aku buat sendiri. jimat! hahaha. rase dye sedap!


XOXO:D

Isnin, 24 November 2014

tart shell

Assalammualaikum, rasa nya ramai yang tahu nak buat cheese tart, choc tart ngan fruit tart. Tapi mesti ramai malas nak buat tart shell, yang dye punya mangkuk sebab nak buat benda tu leceh sikit. Ambil masa yang lama nak buat. Tak pe, boleh beli dari saya tart shell. Senang je, korang just buat isi dalam nya je. harga untuk 100 psc RM 26 kalau nak beli sikit2 pon boleh 50 pcs RM 15. Untuk tempahan boleh whatsapp 011-26173196 :)

XOXO:D



Plain chiffon halfmoon hanya rm15

Assalammualaikum, Hari ni saya nak promote plain halfmoon. Halfmoon ni jenis kain Chiffon biasa. Jarang sedikit, bila lilit tak nampak jarang sangat. Panjang 2 meter dan lebar 21 inchi. Harga hanya rm15 dan kalau beli 2 helai bole rm28. untuk order boleh whatsapp 011-26173196/017-6193755 :) cod hanya di sekitar putrajaya sahaja:)

XOXO:D


Rabu, 19 November 2014

choc crinkles cookies

Assalammualaikum, hari ni ada buat crinkles cookies, perisa coklat. yum2 sedap tau rasa choc yg bes. Di sini saya nak promote choc crinkles cookies, 200 g RM10. Boleh la nak bagi hadiah kt kengkawan ke. saya siap letak reben skali. untuk order boleh whatsapp 011-26173196. pick up area putrajaya. Boleh post jgk tau:)

XOXO:D




Selasa, 18 November 2014

Halfmoon Shawl

Assalammualaikum, hari ni saya nak promote ciked shawl yang saya jahit sendiri dan saya jual. beli jangan x beli tau. murah je. ni harga promosi saya bagi sempena hujung tahun ni. Insyaallah. mula-mula saya nak perkenalkan plain halfmon chiffon, halfmoon ni konfom labuh tutup dada sebab panjang dye 2 meter dan lebar 21 inch, besar kan, yang ni stakat ni hanya ada warna purple ke pink je, x berapa jarang kalau lilit 2 kali, harganya sangat murah hanya rm15/pcs kalau beli 3 pcs akan dapat beli dengan harga rm36


Ade lagi satu halfmoon, iaitu mira's halfmoon shawl, kain dye jenis chiffon high quality, x jarang, labuh dan tutup dada sebab panjang 2 meter dan lebar 21 inch, pilihan warna yang ada warna ungu dan harga nya pun sgt murah rm20/pcs dan rm57/3pcs, yang paling penting dye bg keselesaan pada si pemakai, sejuk je bila pakai.


Yang terakhir, Idora's glitter wide shawl, kainnya x jarang sesuai untuk semua muslimah, sangat labuh, lebar 30 inch dan panjang 2 meter, sesuai dipakai untuk event, majlis kawin atau dinner, harga pun berpatutan, rm32/pcs dan jika beli lebih daripada 3 boleh dapat beli dengan harga rm90. Pilihan warna yang ada hanya soft baby pink dan soft blue.


Buat masa ni hanya warna yang saya upload ni je ada. Nanti saya update warna yang baru. InsyaAllah. Tunggu!!:)
Untuk order boleh whatsapp 011-26173196/017-6193755. Harga tak termasuk postage :)




XOXO:D

Choc Chip cookies

Assalammmualaiku, hari ni ada buat cookies untuk kawan si alep. Budak-budak suka sangat makan choc chip cookies ni sebab dye sangat rangup macam kat famous amos tau!Rase dye sangat sedap dengan wujudnya choc chip dan almond. yum2:) Harga dye x mahal, hanya RM10 untuk 200g (25-28 pcs) Boleh beli untuk anak-anak. Boleh juga beli untuk diberi kepada sahabat, sedara-mara dan kenalan :) Untuk tempahan boleh hubungi 011-26173196. Pick up di Putrajaya. Boleh juga dipos :)


XOXO:D



choc chip dalam proses




Selasa, 28 Oktober 2014

Hadiah untuk konvo 2014

Assalammualaikum,

Konvo UKM dah nak dekat. Mesti ramai yang tercari-cari hadiah yang patut korang bagi kat senior2 atau junior2 korang yang akan konvo. Kalau nak bagi teddy bear yang pakai topi atau bunga mesti dah boring kan. Apa kata korang bagi cookies kt mereka. Insyaallah diorg mesti suke la. Disini saya nak buat promosi sempena konvo. Choc. Chip dan Cornflake delight yang tersangat ranggup n x terlalu manis, saya jual dalam gram dimana 125g/ bottle/ RM 6. Kalau ramai kawan2 korang yang konvo, korang boleh beli secara borong, bottle/RM 5 kalau korang beli lebih dari 5 bottle. Untuk tempahan korang boleh hubungi atau wassup no 013-7876318 / 011-26173196. Senang kan. xyah nak fikir2 lagi nak bagi ape.
Cornflake Delight

Choc Chip

XOXO:D

Isnin, 25 Ogos 2014

Kelas mengaji dan hafazan di Bangi.

Assalammualaikum. Skang ni aku memang free giler sebab aku dah x keje skang ni. mengupdate blog je la keje aku. haha. Walau pun aku dah x keje tapi aku ada buat part time mengajar ngaji di bangi, ngajar budak2. kadang2 rasa stress la jgk bila ngan budak yang nakal ngan degil ni. tapi papepon kte kena banyak sabar dengan kerenah diorang. name pon budak kannn. haha. kadang2 rasa seronok jgk bila tgk keletah diorg. tempat aku ngajar ni pon ade ngajar hafazan jgk. bagus jgk la budak2 belajar kat sini. Diorang boleh menghafal dalam masa yang sama boleh belajar tajwid. Jika ada sesiapa yang nak hantar anak utk belajar mengaji dan hafazan boleh pm saya:)

XOXO:D


Yang ni gambar anak murid aku. Comel kannn:)


Broga!


Assalammualaikum. semalam aku ngan bestie aku iqin pegi bukit broga. Aku dh 3 kali pegi, si iqin yg baru fes time pegi. Ktorg dari Putrajaya, jalan yg senang dan cepat untuk pergi ke Broga, ktorg ikut tol lekas. Memang cpt sampai, 30 minit dah sampai broga. Ktorg bertolak jam 5.30 pagi. Jam 6 dh sampai broga tapi ktorg solat subuh dl kt masjid yg dekat ngan Broga, x pasti masjid ape. mase naik broga, baru 1/4 dh mengah, ktorg rehat kjp. Utk sampai ke puncak fes tu bape banyak kali ktorg rehat. hahaha. 1 jam 15 min jugak masa utk sampai ke atas. ktorg buat keputusan uk jejak puncak fes je, x sanggup nk daki gi puncak kedua. ape lagi dh sampai puncak fes bergambar je la keje ktorg. hahaha. nak bergambar celah2 lalang la. macam2. Bila nak trun memang berhati-hati betol. licin sebab sabtu malam hujan. Bila trun tu banyak plak dugaan. dengan botol air aku jatuh, abih tumpah semua air aku. siap lumpur masuk dalam botol air aku. Sampai je bawah ktorg pekena air kelapa, bez gile.......pape pon, bukit broga memang bez giler! bab minum pagi ktorg bawak makanan sendiri, jimat ckit hehe.

xoxo:D

Selasa, 29 April 2014

konv0~hari bersejarah

Assalammualaikum,

Hari ni aku last kt jpkk, bez gile. haha. Alhamdulillah:))))

28 Oktober 2013, hari yang sangat bersejarah bagi aku. Aku mengharapkan mak ayah aku bagi bunge tapi disebab kan kawan aku dah bagi bunge, jadi x jadilah mak aku nak belikan bunga utk aku. haha. xpe mak its okay. x penting pon bunge tu, last2 layu gak. terima kasih kt geng2 pom yang bagi aku bunge. terima kasih gak kat geng2 pom yang sudi datang. Alhamdulillah, selesai jugak aku belajar kt ukm. risau gak kena repeate. Alamdulillah:)) banyak kesusahan aku hadapi sorang2 sepanjang kt ukm. Dengan masalah duit, masalah kesihatan. Semua aku hadapi sorang2. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk aku hadapi masalah aku sorang2 tanpa minta bantuan mak ayah aku dan yg lain. Tapi ade jugak kawan aku sorang due orang yang sanggup tolong aku. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kau temukan aku dengan orang2 yang baik. Sepanjang aku kat UKM jugak banyak kenangan manis yang aku hadapi, x jugak aku hadap kenangan pahit, pahit gile pon ade. hahaha. Kenangan manis, aku dapat pergi ke tempat2 yang aku x pernah pergi mcm Pulau Pangkor, Pulau langkawi, Terengganu dan Johor. Alhamdulillah, semuanya free:))) Yang kenangan pahit tu, hmmm x yah dok ungkit la. Yang lepas tu biarkan lepas. Aku pon malas dah nak fikir pasal diorang. Skang ni kte x bole dah nak duk ingat kt UKM je. kte kena pandang ke depan. kte dh masuk ke alam pekerjaan. alam yang sangat mencabar. Aku cube yg terbaik untuk hidup aku dan keluarga. InsyaAllah:)))


XOXO:D

Ahad, 27 April 2014

dinner kos

Assalammualaikum,

Hari ni dapat makan free..hehehe...en. amin belanja sempena bezday dye. haha. kan bez kalau bezday en amin setiap ari. haha. perghh x beragak. dye blanje subway... tq bos!

hari ni nak trobek dinner kos. mule2 join dinner kos mase aku tahun 1. memang bez la. sebab fes time aku pakai tudung bewarne tau. hahaha. fes time jgk aku pakai blouse. tapi skang aku dh x pakai blouse cantik tu dah sebab blouse tu seksa sgt. haha. mase tu aku jadi ajk makanan. x pasal2 kena dtg awal kn bakar ayam. adoiiyai.. tapi bez la bakar ayam. seronok woo. walaupun kte x dpt mkn ayam tu tapi rase seronok bile dapat bagi org lain mkn. yg paling bez tukar2 hadiah la plg bez. hehehe.

Dinner kos yg kedua yang aku join mase aku tahun 4. mase tu buat kat rumah dr. zanaton. bez la jgk. tp aku dtg lambat. hahaha. x ramai pon yg join. ramai bdk kimia ngan fizik je. math x ramai. tapi xpe. tetap meriah n makanan pon bez2 + sedap2. nyum2. walaupun x rapat sangat dgn kosmate tula kenangan yang ktorg ade. perghh ayat. jiwang seyh. lepas ni kalau masing2 dah jadi cikgu, dah jadi isteri orang, harap2 boleh jmp la lagi. kte wat reunion plak. InsyaAllah:)


XOXO:D

Isnin, 14 April 2014

Merdeka!

Assalammualaikum,


Hari ni pny lah rajin nak tulis 2 post sebab esk aku cuti. hahaha. Merdeka! Merdeka! Merdeka! xlame lagi bulan 8. Mase hari raye plak tu. Teringat plak sambut merdeka tahun lepas. Fes time pergi ambang merdeka. Tapi kan bile sampai sane, aku tgk budak2 remaja baru nak up, aishhh. sedey aku tgk diorg. Ya Allah..dulu zaman aku dulu xde la teruk mcm ni. Kadang2 aku fikir islam ni x cukup mengembang ke, sampai kan diorg sume x ikut syariat islam sama ada dari pakaian dan pergaulan. Diorg sume islam dan diorg sume tahu apa yang Allah larang tapi nape diorang x pernah nak berubah. mungkin diorang nak rasa seronok sampai x fikir apa akibat akan datang. Merdeka? Bagi aku merdeka tu ialah bebas dari jajahan, bebas dari segala benda yang mengokong kita. Tapi untuk zaman sekaran bagi aku merdeka ialah bebas dari jajahan IT. Zaman sekarang adalah zaman IT. Semua maklumat ade di hujung jari kite. klik je, semua keluar sama ada maklumat yang baik atau pun yg x elok. Pantang ada benda baru yang keluar kat internet mesti ada orang ikut dan jadikan benda tu trend. Lain pulak kalau gosip, mesti cepat je tersebar. Betul lah, kita semua belum lagi merdeka, kita semua dah dijajah. Otak kita dijajah. Pemikiran kita juga dijajah. malah cara kita berpakaian juga sudah dijajah. Bermacam-macam fesyen sekarang ni. Tudung pon macam2 gaya ada. Aishh. Tu baru pakaian. Tak tengok lagi pergaulan antara lelaki dan perempuan. Aku pernah tengok depan mata aku seorang lelaki peluk dengan perempuan bukan muhrim tanpa segan silu di depan orang ramai. Ya Allah, selama ni aku tengok dalam TV je. Aishh. Diorang juga tanpa segan silu bersalam antara lelaki dan perempuan. Kadang2 aku pula yang rasa malu sebab diorg semua orang islam bukan orang kafir. Kalau boleh aku xnak orang lain buat kesalahan yang aku pernah buat dulu. Dulu pergaulan aku memang bebas dengan lelaki, x termasuk pakaian aku yang x begitu sempurna menutup aurat dan aku juga pernah bersalam dengan lelaki bukan mahram. Ya Allah, bila aku kenang balik diri aku yang dulu memang rase nak menangis. Maksud merdeka dari segi islam ialah bebas dari zaman jahiliyah tapi terbalik pulak dengan kita, kita masih dijajah oleh zaman jahiliyah. Bila tersebarnya agama islam, makne nye kita sudah bebas dari perbuatan jahiliyah. Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah teruskan berdoa supaya mereka semua berubah kearah kebaikan. Ada satu cerita yang menusuk ke qolbu aku, cerita tanda putera. Ni lah cerita tentang kemerdekaan yang terbaik aku pernah tengok. Menitis air mata aku tengok cerita. Cerita ni mengisahkan pengorbanan dua orang pemimpin yang sanggup menyembunyikan penyakit diorang semata-mata nak pertahankan negara. Sape x tengok lagi cite ni memang rugi lah. Cite ni bez!. 


antara gambar mase ambang merdeka. seronok tgk bunga api. cantik2!

Ya Allah, bukakan hati saudara seislamku untuk berubah ke arah yang lebih baik dan istiqamah dalam perubahan tu. InsyaAllah. Aminnn:)

XOXO:D

Selasa, 8 April 2014

Masalah

Assalammualaikum,


Hari ni aku fikir banyak masalah. Macam2 masalah ada dalam kepala otak aku. Masalah pasal kt tempat kerja (masalah salah surat), masalah tempat kerja baru (mak x bagi pergi), masalah jodoh (semua orang tanya), masalah kerja tetap (masih menunggu posting ntah bila). Kadang2 aku fikir kan bez jd bdk2 balik. x payah fikir semua masalah. hidup bahagia je setiap hari. aisshhh. tapi sekarang aku dah dewasa bukan kanak2 lagi. Aku kena bersikap matang sekarang. Dah x bole buat perangai macam bdk2. Nak merajuk x tentu pasal. Tapi tu lah yang aku hadapi sekarang. hahaha. Kadang2 orang disekeliling kita x faham masalah yang kita hadapi. Jadi orang lain x dapat selesaikan masalah kita. Hanya kita yang faham tentang masalah kita dan hanya kita juga lah yang tahu mcm mn nak selesaikan masalah kita dengan bantuan Allah. Masalah. Masalah. Masalah. Setiap orang pasti ada masalahnya sendiri. Cuma orang gila je xde masalah (orang gila selalu jadi mangsa). Cuma masalah dan cara menyelesaikan masalah setiap orang berbeza. 
 Masalah, jangan lah korang semua lari dari dye. Masalah bukannya pembunuh. Masalah ni cuma nak buat kita jadi lebih kuat dari segi fizikal dan mental. Masalah ni baik sebenarnya, dye x jahat. Kita boleh jadi kawan baik dengan masalah jika kita pandai nak selesaikan sesuatu masalah. Apabila kita ditimpa masalah hadapinya lah dengan tenang dan senyuman.
Hadapi masalah dengan minta pertolongan dan petunjuk dari Allah. Dengan berdoa InsyaAllah Allah akan permudahkan kita hadapi masalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Apa yang penting jangan lari dari masalah. Kalau kita lari masalah pasti kejar dan cari kita balik. InsyaAllah kita boleh hadapi masalah dengan tenang dan berdoa lah kepada Allah supaya kita dipermudahkan urusan untuk menyelesaikan masalah. InsyaAllah :)

XOXO:D

Ahad, 6 April 2014

Pengasuh di area Putrajaya

Assalammualaikum

Ohaiyo gozaimas. Alhamdulillah Allah memberi ku kehidupan untuk aku bertaubat. Pagi2 lagi aku dah buat satu ucapan untuk mak aku yang tercinta siap post kat twitter lg,
'Senyumanmu boleh meredakan tangisan ku, suaramu boleh memberiku semangat, dan perbuatanmu boleh membuatku bahagia, kamulah ibuku hingga ke syurga. InsyaAllah. Aminn:)'
Emak. Panggilan yang aku selalu aku sebut dari zaman kanak-kanak hingga lah sekarang. Tiada sape boleh ganti emak. Emak memang wanita yang paling hebat kat dunia ni. Emak boleh buat macam2 kerja dalam satu masa, contoh emak boleh memasak, menjahit, berniaga, mengemas dan mengasuh anak orang. Emak mula menjahit dari zaman anak daranya. Emak juga mengasuh dari zaman anak daranya. Hebat kan. Kalau anak dara zaman sekarang masih tak mampu lagi nak menjaga seorang bayi. Sampai sekarang emak masih bekerja sebagai pengasuh budak walaupun umur emak dah mencecah 48 tahun. Ada suatu hari emak buat kenyataan yang aku tak boleh nak dengar, hahaha. emak: 'emak asyik jaga anak orang je bila lah nak jaga cucu sendiri' Terkesima aku bila emak cakap macam tu. Macam lambat lagi je nak tunaikan permintaan mak tu. kak long tengah tunggu nubhan ni mak. Eh! haha. Ni antara gambar2 anak yang mak aku jaga. comel2 kn.





Dari atas, Qisya, Danish, Zafirah, Aidilia dan Qila. Qisya, Qila dan Zafirah dah x ade. Yang 3 orang ni dah sekolah. Tinggal la Danish dan Aidilia. Ada tambah 3 orang lagi, Salman, Aqil dgn Qalish. Kepada sesiapa yang duduk area putrajaya yang nak hantar anak untuk dijaga boleh la PM sy :)

XOXO:D