Rabu, 11 Disember 2013

kampung angkat

Assalammualaikum n Salam sejahtera=)

Mase aku jadi exco pom utk sesi yg kedua ade satu program yg aku akan ingt smpi bile2. hahaha. sebab program ni aku pegang post program. pergghhh mmg buzy gile r waa cakap same lu.haha. Ntah knape mimpi ape ntah aku nak pegang post program. memang x cukup tangan. aku x cukup tangan sebab aku fikir pasal semua post, protokol aku nk fikir, ttk aku nk fikir, pengangkutan pon aku nak kena fikir. aisshh. memang haru aku sebelum n semase program =(. tapi xpe. semua tu bagi pengalaman kat aku. dalam mase yg same aku boleh mantapkan kemahiran design baju, order baju, tempah kenderaan, protokol n program. Program ni la yg aku menangis. ='( hahaha. buat malu je. dah la dpn bdk lelaki plak tu. lantak r, aku kalau luahkan masalah memang air mate pon keluar sekali. hahaha. Program ni juga lah ajar aku untuk berinteraksi dengan orang kampung. Memang payah nak berurusan dengan diorang. Program ni lah ade gaduh, ade suka ade duka. haha macam2. papehal program ni aku rase paling terbaik antara yg lain sebab program ni melibatkan peserta serama 50 orang. ingt senang nak handle 50 orang peserta. 

Kepada sesiapa yang nak buat program berbentuk khidmat masyarakat boleh la buat program kat kampung ni. Kampung ni kt gemencheh. Tok hamzah ketua kampung ni. memang banyak aktiviti yg korang boleh buat kt kampung ni macam sukaneka, mengoca, explorace n bnyak lagi r=)
XOXO:D
Cekpoint 3 dimana peserta dikehendaki mengupas dan parut kelapa secara tradisional:)

Selasa, 10 Disember 2013

Azam

Assalammualaikum n salam sejahtera=)

Tahun 2013 dah nak tutup kedai, kedai baru tahun 2014 dah nak bukak. Mesti kedai baru banyak barang baru kan tapi barang lame jangan dibuang, ia boleh disimpan n diperbaharu untuk diguna pakai. Barang yang dh berabuk tu bole dibersihkan. hahaha. Kiasan sangat!

Nanti masa masuk tahun baru tak lame lagi mesti ade pasang banyak. jangan pasang banyak sangat azam. nnt azam tu berabuk bile hujung tahun nanti. haha. itu lah adat manusia, pasang azam banyak2 pastu tak terlaksana sebab ade sikap MALAS dalam diri. Susah kan nak buang sikap malas dalam diri kite. Kite boleh buang sikap malas tu tapi kite kena kuat untuk buang sikap malas tu.

Kadang-kadang aku rase kagum dengan artis yang bnyk berubah kearah kebaikan contoh macam Diana amir, sham kamikaze, irma hasmie, yatt hamzah dan ramai lagi. Dulu sedia maklum kite tahu diorang ni semua pakai pakaian macam mana kan tapi sekarang mereka lebih menutup aurat berbanding dengan kite yang dah lame bertudung. Ma Sya Allah. Betapa besar nye nikmat hidayah yang Allah bagi pada mereka. Kadang-kadang aku rase malu dgn diorang. Aku ni dh bertudung dr sekolah rendah tapi tudung tetap singkat. aiisshh. Bagi aku memang sangat susah kite nak ubah diri kite sebab kite kena hadapi pelbagai dugaan sepanjang perubahan kite. Kagum dengan mereka yang boleh hadapi segala dugaan yang mereka hadapi sepanjang perubahan diorg. Alhamdulillah. InsyaAllah aku akan berubah seperti mereka. Cume aku perlu kuat dan sokongan dari masyarakat sekeliling. Kite sebagai saudara sesama islam doakan lah artis2 yg cube berhijrah untuk memberi mereka komen yang positif terhadap mereka. Jangan lah kite keji dan negatif dengan perubahan yang mereka lakukan. Ingat senang ke nak berubah. Susah ngan sakit tau nak berubah. Sebab aku alaminya sekarang. Alhamdulillah. Aku dapat hadapinya.

Ceramah Maal Hijrah oleh Sham Kamikaze. Sayu dengar penghijrahan beliau :)

Lagi satu, bile kite dah berubah, kite mestilah istiqamah melaksanakan perubahan yang kite lakukan. InsyaAllah. Ramai yang berputus asa bile ditengah jalan. Jangan mcm tu, Allah sentiasa ada untuk kite. Allah akan sentiasa bantu kite dalam melaksanakan perubahan. 

 Tiada orang yang sempurna didunia ini tapi kite perlu berusaha untuk  menjadi seorang yang sempurna dan Istiqamah dalam melaksanakan perubahan. InsyaAllah =)
XOXO:D